- Iklan -
Berita

Lebih 22.8 juta populasi Malaysia lengkap divaksinasi

97.5% daripada populasi dewasa lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan membuat persiapan sebelum melakukan vaksinasi kepada pekerja-pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi dos kedua vaksin pada Oktober.
Petugas kesihatan membuat persiapan sebelum melakukan vaksinasi kepada pekerja-pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi dos kedua vaksin pada Oktober.

Seramai 22,817,909 individu atau 97.5% daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, seramai 23,123,189 individu atau 98.8% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.9% atau 2,736,688 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,834,774 atau 90% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 145,004 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,241 dos pertama, 4,325 dos lengkap dan 137,438 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,034,257 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,717,084.