- Iklan -
Berita

Kes harian Covid menurun ke paras 2,500

Malaysia kini mencatat 2,721,544 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pejalan kaki melintasi jalan raya di Kuala Lumpur. Dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, orang ramai kini menikmati kelonggaran menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi.
Pejalan kaki melintasi jalan raya di Kuala Lumpur. Dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, orang ramai kini menikmati kelonggaran menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 2,589 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,721,544 kes.

3,810 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,638,191.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 379 kes di mana 307 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 210 kes di mana 142 adalah kes Covid-19.

Dari 2,589 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 66 kes (2.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,523 kes (97.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.