- Iklan -
Berita

19 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 31,092

Johor catat kematian tertinggi dengan empat kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) ketika menguruskan pengkebumian jenazah pesakit Covid-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada 16 Julai, 2021. Gambar: Bernama

19 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 19 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak 31,092.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), empat atau 21.1% daripada jumlah kematian direkodkan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Johor mencatatkan jumlah kematian tertinggi yang dilaporkan iaitu empat kes atau 21.1% diikuti Sabah dan Terengganu masing-masing tiga kes atau 15.8%.

Kedah, Pahang, Perak dan Selangor masing-masing melaporkan dua kematian manakala Kelantan melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 3,108 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,718,955.

Setakat semalam, terdapat 53,482 kes aktif Covid-19 dan 5,098 pesakit pulih dilaporkan.