Saturday, January 22, 2022

Kes harian menurun ke paras 3,100

Malaysia kini mencatat 2,718,955 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,108 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,718,955 kes.

3,701 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,634,381.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 390 kes di mana 326 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 211 kes di mana 143 adalah kes Covid-19.

Dari 3,108 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 57 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,051 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles