- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 4,000 jangkitan

Malaysia kini mencatat 2,715,847 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengunjungi Kedai Buku Excess, Nusajaya Johor selepas sekatan pergerakan dilonggarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Orang ramai mengunjungi Kedai Buku Excess, Nusajaya Johor selepas sekatan pergerakan dilonggarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,083 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,715,847 kes.

5,435 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,630,680.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 391 kes di mana 314 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 215 kes di mana 145 adalah kes Covid-19.

Dari 4,083 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 69 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,014 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.