- Iklan -
Berita

GPS kekal kuasai Sarawak dengan majoriti mudah

Ia memenangi 45 kerusi setakat ini, lebih dari tiga kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera GPS dikibarkan sepanjang kempen PRN Sarawak yang diadakan hari ini.
Bendera GPS dikibarkan sepanjang kempen PRN Sarawak yang diadakan hari ini.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) diumumkan secara rasmi memenangi jumlah minimum kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bagi membolehkannya membentuk kerajaan negeri yang baru.

Setakat 8.55 malam, GPS disahkan memenangi 45 kerusi termasuk kerusi Gedong yang ditandingi pengerusinya yang juga Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg.

GPS terdiri dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) and the Parti Demokratik Progresif (PDP).

Pada sidang media di Kuching malam ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata proses pengundian bagi PRN kali ini dijalankan secara lancar.

“GPS telah memenangi sejumlah 45 Kerusi dari 82 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini telah berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50% daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 empat penjuru, 24 lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.

GPS meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73), Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70), PKR (28), DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) (11), Amanah (Amanah) (8), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) (5) dan PAS (1).

Tiga puluh calon bebas turut bertanding pada PRN ini.