Saturday, January 22, 2022

18 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 31,044

Perak catat kematian tertinggi dengan tujuh kes.

Other News

18 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 17 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak 31,026.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), satu atau 5.6% daripada jumlah kematian direkodkan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Perak mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak tujuh atau 38.9% disusuli Selangor dengan tiga kes atau 16.7%.

Kelantan, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing melaporkan dua kematian sementara Johor dan Perlis masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kes kematian dilaporkan di sembilan negeri – Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,362 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,711,764.

Setakat semalam, terdapat 55,475 kes aktif Covid-19 dan 5,098 pesakit pulih dilaporkan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles