- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 4,300 jangkitan

Malaysia kini mencatat 2,711,764 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan di sekitar ibu negara selepas kelonggaran diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Orang ramai berjalan di sekitar ibu negara selepas kelonggaran diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,362 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,711,764 kes.

5,098 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,625,245.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 400 kes di mana 315 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 198 kes di mana 143 adalah kes Covid-19.

Dari 4,362 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 89 kes (2.0%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,273 kes (98.0%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.