Wednesday, January 19, 2022

Badan penyelia ubatan EU benar penggunaan kecemasan Paxlovid

EMA membenarkan negara anggotanya menggunakan pil rawatan Covid-19 Paxlovid keluaran Pfizer walau ia belum mendapat kelulusan rasmi.

Other News

Badan kawal selia ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) membenarkan negara anggotanya untuk menggunakan pil baru rawatan Covid-19 keluaran Pfizer, walaupun ubat itu belum diberikan kelulusan rasmi.

Kebenaran yang diumumkan semalam itu adalah sebagai langkah kecemasan bagi membendung gelombang penularan pantas Covid-19 yang kini dipacu varian membimbangkan (VOC) Omicron.

Pil rawatan Covid yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal gergasi Pfizer dan saingannya Merck dianggap sebagai pencapaian besar kerana ia tidak perlu disuntik.

Sebelum ini, Pfizer memaklumkan bahawa pil keluarannya, Paxlovid dapat mengurangkan hingga hampir 90% kemasukan ke hospital dan kematian membabitkan golongan rentan.

“Ubat yang masih belum diluluskan di EU itu boleh digunakan untuk merawat pesakit dewasa Covid-19 yang tidak memerlukan bantuan oksigen, dan golongan berisiko tinggi mengalami sakit teruk,” kata Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dalam satu kenyataan.

“EMA mengeluarkan nasihat ini bagi mendukung pihak berkuasa negara-negara yang mahu menggunakan ubat tersebut lebih awal bagi kegunaan kecemasan,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla menyifatkan keputusan terbabit membuktikan kekuatan datanya berhubung Paxlovid “dalam rawatan pesakit dewasa Covid-19 yang berisiko tinggi.”

Pil keluaran Pfizer itu dihasilkan daripada gabungan molekul baru, PF-07321332, dan ritonavir antiviral HIV, yang perlu diambil sebagai tablet berasingan.

Menurut EMA yang berpangkalan di Amsterdam, ubat itu harus diambil secepat mungkin selepas diagnosis dalam tempoh lima hari gejala bermula.

Rawatan menggunakan pil tersebut akan mengambil masa selama lima hari.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles