- Iklan -
Berita

37 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 31,026

Pulau Pinang catat kematian tertinggi dengan enam kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan berpakaian lengkap PPE ketika pengebumian jenazah pesakit Covid-19. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan berpakaian lengkap PPE ketika pengebumian jenazah pesakit Covid-19. Gambar: Bernama

37 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 16 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak 31,026.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), empat atau 10.8% daripada jumlah kematian direkodkan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Pulau Pinang mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak enam atau 16.2%.

Johor, Kedah, Perak dan Terengganu masing-masing merekodkan empat kematian, sementara Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor masing-masing melaporkan tiga kematian.

Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan dua kes manakala Kelantan dan Melaka masing-masing merekodkan satu kes.

Tidak ada sebarang kes kematian dilaporkan di Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,262 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,707,402.

Setakat semalam, terdapat 56,229 kes aktif Covid-19 dan 4,985 pesakit pulih dilaporkan.