Friday, January 14, 2022

Sidang Dewan Rakyat ditambah satu hari lagi, bincang pindaan Akta 342

Persidangan sepatutnya berakhir hari ini selepas 32 hari sesi bermula 25 Oktober lalu

Other News

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob setuju untuk menambah sehari persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bagi membincangkan Akta 342, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun hari ini.

“Penambahan satu, dua atau 20 hari di bawah kuasa ketua majlis iaitu perdana menteri.

“Perdana menteri selaku ketua majis telah menggunakan budi bicara beliau menambah satu hari lagi mengikut keperluan sedia ada,” katanya.

Persidangan kali ini dijadualkan berakhir hari ini selepas 32 hari sesi bermula 25 Oktober lalu.

Pindaan terhadap Akta 342 itu mengandungi Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 dan dijangka akan menjadi tumpuan sidang hari ini.

Antara cadangan pindaan akta itu termasuk menambah jumlah kompaun kepada pelaku kesalahan langgar SOP kesihatan Covid-19 oleh individu atau syarikat.

Peraturan Mesyuarat 11 (2) menyatakan antaranya ketua atau timbalan ketua majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu, tetapi disyaratkan iaitu ketua atau timbalan ketua majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles