Saturday, January 22, 2022

Kes harian lepasi 4,200 jangkitan

Malaysia kini mencatat 2,707,402 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,262 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,707,402 kes.

4,985 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,620,147.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 383 kes di mana 284 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 198 kes di mana 135 adalah kes Covid-19.

Dari 4,262 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 78 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,184 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles