- Iklan -
Berita

Intel bakal labur RM30 bilion, bina kilang baru di Malaysia

Kilang berteknologi tinggi itu dijangka memulakan pengeluaran pada 2024.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Intel memiliki kilang di Pulau Pinang yang dibina pada 1972, ia adalah kilang pertamanya di luar AS. Gambar: AP
Intel memiliki kilang di Pulau Pinang yang dibina pada 1972, ia adalah kilang pertamanya di luar AS. Gambar: AP

Intel Corp akan melabur lebih dari AS$7 bilion bagi membina kilang pamasangan dan ujian cip yang baru di Malaysia, kata ketua eksekutifnya, Pat Gelsinger pada Khamis.

Pembinaan itu akan memperluaskan pembuatan produk syarikatnya dalam negara ini susulan kekurangan bekalan semikonduktor dunia.

Kilang bagi proses pemasangan cip di Malaysia itu dijangka memulakan operasi pembuatannya pada 2024.

Pelaburan RM30 juta (AS$7.10 bilion) itu juga dijangka akan mencipta 4,000 peluang kerja di syarikat tersebut selain 5,000 peluang kerja pembinaan dalam negara, kata kerajaan.

Bulan lalu, AS dan Malaysia berkata kedua-dua negara merancang untuk menandatangani sebuah persetujuan awal tahun depan bagi menambah baik ketelusan, daya tahan dan keselamatan dalam sektor rangkaian bekalan semikonduktor.

Kekurangan bekalan semikonduktor di peringkat global sebahagiannya berpunca daripada permintaan tinggi terhadap barangan elektronik sepanjang pandemik dan gangguan terhadap rangkaian bekalannya.

Situasi itu turut menyebabkan kilang pembuatan kereta mengurangkan pengeluaran selain turut menyaksikan penangguhan penghantaran telefon pintar keluaran beberapa syarikat termasuk Apple Inc.

Industri pemasangan cip Malaysia menyumbang lebih dari 10% perdagangan antarabangsa bernilai lebih AS$20 bilion, ia memberikan amaran kekurangan bekalan akan berlaku selama dua tahun.

“Perkembangan ini sememangnya tepat pada masanya memandangkan permintaan global yang meningkat didorong kekurangan bekalan cip dan potensi cabaran yang bakal timbul sejak pemulihan wabak secara global,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan.

Intel membuka kilang pembuatan produknya di luar AS pada 1972 di Pulau Pinang.

Ia terletak di tapak berkeluasan lima ekar.

Pada 1975, kemudahan itu memberi pekerjaan kepada 1,000 orang dan menjadi kilang penting dalam rangkaian pembuatan produknya.