- Iklan -
Berita

Indonesia kesan kes pertama varian Omicron

Pesakit adalah seorang dari tiga kakitangan pembersihan yang disahkan positif dalam ujian saringan Covid-19 pekerja barisan hadapan pada 10 Disember.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi

Kementerian kesihatan Indonesia mengesan kes pertama varian Covid-19 Omicron melibatkan seorang petugas pembersihan di pusat kuarantin terbesar di Indonesia, iaitu Wisma Atlet, Jakarta Utara.

“Malam tadi, kami mengesan seorang pesakit yang disahkan positif varian Omicron pada 15 Disember,” kata Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin dalam taklimat media hari ini.

Pesakit adalah seorang daripada tiga kakitangan pembersihan yang disahkan positif dalam ujian rutin Covid-19 untuk pekerja barisan hadapan pada 10 Disember.

Berdasarkan ujian penjujukan genom, pesakit itu didapati positif Omicron, kata Budi, sambil menggesa orang ramai terus berwaspada dan mematuhi peraturan protokol kesihatan.

Sehingga semalam, negara itu merekodkan 205 kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 4,259,644.