- Iklan -
Berita

Dr Mahathir masuk IJN

Beliau dijangka akan berada di hospital untuk beberapa hari.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi pemeriksaan perubatan penuh dan pemerhatian lanjutan.

Dalam sebuah kenyataan, IJN berkata bekas perdana menteri itu dimasukkan ke institusi tersebut pada pukul 7 malam.

Beliau dijangka berada di IJN untuk beberapa hari ke depan.

Kali terakhir Mahathir dimasukkan ke IJN pada Ogos 2016 bagi rawatan jangkitan paru-paru.

Sebelum itu, beliau pernah dimasukkan ke IJN pada 2013 bagi jangkitan yang sama namun dibenarkan pulang selepas beberapa hari.