- Iklan -
Berita

97.4% dewasa, 86.7% remaja lengka divaksinasi

98.7% populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang bapa menguruskan pendaftaran vaksinasi anaknya di Pusat Pemberian Vaksin KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Seorang bapa menguruskan pendaftaran vaksinasi anaknya di Pusat Pemberian Vaksin KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Seramai 25,529,153 individu atau 97.4% daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, seramai 23,110,692 individu atau 98.7% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.7% atau 2,729,919 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,829,924 atau 89.9% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 168,716 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,246 dos pertama, 5,125 dos lengkap dan 159,345 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,383,495 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,107,585.