- Iklan -
Berita

33 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,989

Terengganu mencatatkan kematian tertinggi disusuli Selangor dan Kelantan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas pengebumian jenazah memakai PPE ketika melakukan pengurusan jenazah pesakit Covid-19. Gambar: Bernama
Petugas pengebumian jenazah memakai PPE ketika melakukan pengurusan jenazah pesakit Covid-19. Gambar: Bernama

33 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 15 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak 30,989.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), empat atau 12.1% daripada jumlah kematian direkodkan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Terengganu mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak tujuh atau 21.2% disusuli Kelantan dan Selangor dengan masing-masing melaporkan lima kes atau 15.2%.

Perak dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan empat kematian, Johor dan Kedah dengan empat kes, sementara Pahang melaporkan dua kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 3,900 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,703,140.