- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 3,900

Malaysia kini mencatat 2,703,140 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak ditemani ibunya bermain dengan arnab di Pantai Klebang. Suasana kembali meriah selepas kelonggaran pergerakan dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Seorang kanak-kanak ditemani ibunya bermain dengan arnab di Pantai Klebang. Suasana kembali meriah selepas kelonggaran pergerakan dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,900 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,703,140 kes.

4,552 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,615,162.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 384 kes di mana 304 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 213 kes di mana 142 adalah kes Covid-19.

Dari 3,900 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 86 kes (2.2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,814 kes (97.8%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.