- Iklan -
Berita

48 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,956

Pulau Pinang mencatatkan kematian tertinggi sebanyak lapan kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) ketika menguruskan pengkebumian jenazah pesakit Covid-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada 16 Julai, 2021. Gambar: Bernama

48 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 14 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak 30,956.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), 12 atau 25% daripada jumlah kematian direkodkan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Pulau Pinang mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak lapan atau 16.7% disusuli Kelantan, Sabah dan Terengganu dengan enam atau 12.5% kes kematian.

Selangor merekodkan lima kes, Perak dengan empat kes, sementara Johor dan Negeri Sembilan masing-masing melaporkan tiga kematian.

Kedah dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan dua kes sementara Pahang, Sarawak dan Labuan masing-masing melaporkan satu kes.

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Perlis dan Putrajaya.

Sebanyak 4,097 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,699,240.

Setakat semalam, terdapat 57,674 kes aktif Covid-19 dan 4,301 pesakit pulih dilaporkan.