- Iklan -
Berita

86.6% remaja lengkap divaksinasi

89.8% remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Sebanyak 97.3% atau 22,788,835 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, seramai 23,102,672 individu daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.6% atau 2,726,239 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,826,872 atau 89.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 129,387 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,027 dos pertama dan 4,907 dos lengkap serta 120,390 individu menerima dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,039,657 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini 3,787,928.