- Iklan -
Berita

29 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,908

Terengganu mencatatkan kematian tertinggi sebanyak lima kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memakai baju pelindung lengkap ketika mengiringi jenazah pesakit Covid-19 ke tanah perkuburan di Labuan. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan memakai baju pelindung lengkap ketika mengiringi jenazah pesakit Covid-19 ke tanah perkuburan di Labuan. Gambar: Bernama

29 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 13 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak30,908.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), lapan daripada jumlah kematian direkodkan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Terengganu mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak lima kes atau 17.2%.

Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur merekodkan empat kes masing-masing, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Selangor masing-masing melaporkan tiga kematian, sementara satu kes masing-masing di Kedah, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang.

Menurut laman sesawang CovidNow, setakat 13 Disember, 61.2% mereka yang meninggal dunia sejak enam bulan lalu adalah tidak divaksinasi, 22.7% menerima satu vaksin sementara 16.% telah lengkap divaksinasi.

Sebanyak 3,504 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,695,143.

Setakat semalam, terdapat 57,926 kes aktif Covid-19 dan 4,401 pesakit pulih dilaporkan.