- Iklan -
Berita

Kes harian kekal di paras 3,500 jangkitan

Malaysia kini mencatat 2,695,143 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana pusat beli-belah yang mula dikunjungi selepas kelonggaran diberikan kepada penerima vaksin lengkap melakukan aktiviti harian dengan mengikut SOP kesihatan.
Suasana pusat beli-belah yang mula dikunjungi selepas kelonggaran diberikan kepada penerima vaksin lengkap melakukan aktiviti harian dengan mengikut SOP kesihatan.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,504 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,695,143 kes.

4,401 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,606,309.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 408 kes di mana 325 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 206 kes di mana 137 adalah kes Covid-19.

Dari 3,504 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 76 kes (2.2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,428 kes (97.8%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.