Saturday, January 22, 2022

Jho Low, Nicky Liow belum masuk senarai Interpol, kata KPN

PDRM telah membuat permohonan Notis Merah terhadap mereka berdua, namun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki.

Other News

Ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nicky Liow Soon Hee masih belum dimasukkan ke dalam senarai Notis Merah oleh Interpol (Polis Antarabangsa) kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM)  telah membuat permohonan Notis Merah itu bagaimanapun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki.

“Saya akan dapatkan pengesahan dari PJSJ (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan) kerana permohonan Notis Merah dalam Interpol perlu memenuhi beberapa protokol,” katanya.

Acryl Sani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Jho Low dan Nicky Liow dalam sidang media selepas melawat reruai 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Pada November lepas kementerian dalam negeri dilaporkan  mengakui tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low.

Jho Low menjadi buruan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad manakala pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow berhubung sindiket Macau Scam.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles