- Iklan -
Berita

97.3% dewasa, 86.5% remaja langkap divaksinasi

89.7% remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Vaksinasi penggalak mula diberikan kepada penerima vaksin lengkap bagi mengekalkan tahap imuniti melawan virus Covid-19 yang kini bermutasi kepada beberapa varian yang lebih mudah menular.
Vaksinasi penggalak mula diberikan kepada penerima vaksin lengkap bagi mengekalkan tahap imuniti melawan virus Covid-19 yang kini bermutasi kepada beberapa varian yang lebih mudah menular.

Sebanyak 22,774,778 individu atau 97.3% daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam, semalam (12 Disember).

Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, sejumlah 98.7% atau 23,096,370 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.5% atau 2,724,110 individu populasi remaja (berumur antara 12 hingga 17 tahun) telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,825,229 individu atau 89.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 67,376 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 63,889 dos penggalak, 2,005 dos kedua dan 1,472 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 meningkat kepada 54,891,289 dengan 3,663,587 daripadanya adalah dos penggalak.