- Iklan -
Berita

2 pegawai SPRM direman disyaki terlibat rompakan RM700,000

Setakat ini, seramai 12 individu telah dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki melalui hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Chocrane, Cheras di Kuala Lumpur.
Seorang lelaki melalui hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Chocrane, Cheras di Kuala Lumpur.

Dua individu termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman, masing-masing tiga dan empat hari bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan kerugian RM700,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata kedua-dua individu berumur lingkungan 30 tahun itu ditahan pada Sabtu dan semalam oleh sepasukan anggota daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi.

Beliau berkata setakat ini, seramai 12 individu telah dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, SPRM dalam kenyataan mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes rompakan secara berkumpulan di ibu negara, Jumaat lepas.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rompakan secara berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang melibatkan kerugian hampir RM1 juta.

- Iklan -

Paling Popular