Friday, January 21, 2022

Reaksi Tony Pua buktikan saya cakap benar, kata Dr M

Bekas perdana menteri itu mempersoalkan mengapa ahli Parlimen Damansara itu tidak memberikan reaksi sebaliknya.

Other News

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata reaksi dari Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berhubung ulasannya mengenai seorang “setiausaha politik yang angkuh” menunjukkan apa yang ditulis dalam memoirnya adalah satu perkara benar.

“Saya tak namakan dia, namun jelas dia faham apa yang saya katakan tentang dia, dan itu sendiri jadi bukti apa yang saya katakan adalah benar,” katanya dalam sebuah sesi pelancaran memoir terbarunya “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, di mana ulasan mengenai individu “angkuh” itu dibuat.

“Kenapa dia berikan respons kalau hal itu tentang orang lain?” tambahnya.

Mahathir dan Pua beberapa kali berbalas kenyataan mengenai ulasan bekas perdana menteri terhadap seorang individu yang disifatkan sebagai penasihat kepercayaan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Dalam memoirnya, beliau berkata penasihat Lim itu itu turut mengambil bahagian dalam rundingan-rundingan perniagaan melibatkan kerajaan walaupun tidak diberikan kuasa untuk melakukannya.

Beliau turut mendedahkan penasihat itu turut mengugut seorang pemaju projek.

“Ini bukannya cara fungsi sebuah kerajaan, dan saya terpaksa menghentikan semua ini segera, tingkah laku sebegini yang memberi ruang kepada tentera siber Umno untuk memainkan isu perkauman,” tuisnya.

Dakwaan beliau mendapat maklum balas daripada Pua yang mengakui dirinya sebagai individu yang dimaksudkan Mahathir.

Beliau turut menyelar Mahathir kerana memihak kepada “taikun jahat” yang didakwa membuat dakwaan palsu terhadap beliau.

Beliau turut menjelaskan dakwaan-dakwaan yang dilakukan Mahathir, mengatakan bekas perdana menteri itu merujuk sebauh kenyataan yang dikeluarkan pada 2018 kepada pengarah-pengarah MMC-Gamuda berhubung projek MRT2.

Mereka turut dilihat bertikam lidah mengenai beberapa isu lain termasuk Exchange106, sebuah projek di Kuala Lumpur di mana Mahathir mendakwa setiausaha politik menteri itu mengugut pemajunya.

Dalam sebuah tulisan hari ini, Pua bertanya siapakah ahli perniagaan Cina yang bercakap kepada Mahathir mengenai beliau.

“Saya hanya boleh mengagak orang itu adalah seseorang yang menulis kepada perdana menteri pada 2018 untuk melanjutkan konsesi judi bagi 30 tahun, sebagai pertukaran bagi RM150 juta ‘fi lesen’ kepada kerajaan. Namun cadangan itu ditolak serta-merta.

“Saya tidak pernah bertemu dengan ahli perniagaan ini, dan tidak pernah terlibat dalam membuat keputusan mengenai cadangan tersebut,” katanya.

Beliau turut berkata tuga seorang setiausaha politik adalah untuk membantu menteri dengan bertemu dengan orang di bawah ruang lingkup kementerian, selain untuk membangkitkan perkara berkaitan kawasan projek bagi dibincang dalam Kabinet.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles