- Iklan -
Berita

Kes harian menurun bawah 3,500 jangkitan

Malaysia kini merekodkan 2,691,639 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga kota mula aktif melakukan aktiviti hujung minggu di ibu negara sejak kelonggaran pergerakan diberikan kepada penerima lengkap vaksin.
Warga kota mula aktif melakukan aktiviti hujung minggu di ibu negara sejak kelonggaran pergerakan diberikan kepada penerima lengkap vaksin.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,490 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,691,639 kes.

5,399 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,601,908.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 407 kes di mana 341 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 216 kes di mana 135 adalah kes Covid-19.

Dari 3,490 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 69 kes (2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,421 kes (98%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.