Thursday, January 20, 2022

Kes harian menurun ke paras 4,600

Malaysia kini merekodkan 2,688,149 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,626 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,688,149 kes.

4,690 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,596,509.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 396 kes di mana 344 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 211 kes di mana 146 adalah kes Covid-19.

Dari 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 95 kes (2.1%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,531 kes (98.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles