- Iklan -
Berita

41 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,787

Selangor mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 6 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memakai perlindungan lengkap ketika mengebumikan jenazah pesakit Covid-19. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan memakai perlindungan lengkap ketika mengebumikan jenazah pesakit Covid-19. Gambar: Bernama

41 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 9 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak30,787.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), sembilan atau 14.6% daripada jumlah kematian direkodkan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak enam kes atau 14.6% diikuti Perak dan Sarawak dengan lima kes atau 12.2%.

Johor, Kelantan, dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan empat kematian, sementara tiga kes masing-masing di Kedah, Sabah dan Terengganu.

Melaka, Pahang, Perlis dan Kuala Lumpur hanya melaporkan satu kes.

Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 5,446 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,678,465.

Setakat semalam, terdapat 60,856 kes aktif Covid-19 dan 5,427 pesakit pulih dilaporkan.