Friday, January 21, 2022

Kes harian lepasi 5,400 jangkitan

Malaysia kini merekodkan 2,678,465 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,446 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,678,465 kes.

5,427 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,586,822.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 419 kes di mana 324 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 232 kes di mana 147 adalah kes Covid-19.

Dari 5,446 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 88 kes (1.6%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,358 kes (98.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles