- Iklan -
Berita

Diskaun 80% saman trafik sempena 100 hari AKM mulai hari ini

Diskaun saman trafik sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia ditawarkan sehingga 12 Disember.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beratur di KLCC, Kuala Lumpur hari ini untuk membayar saman trafik dengan diskaun 80%.
Orang ramai beratur di KLCC, Kuala Lumpur hari ini untuk membayar saman trafik dengan diskaun 80%.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80%, bermula hari ini hingga 12 Disember.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mat Kasim Karim berkata tawaran diskaun itu sempena program 100 hari Aspirasi #Keluarga Malaysia, yang dirasmikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di KLCC, kaunter bayaran saman trafik ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen, selain portal serta aplikasi MyBayar sepanjang tempoh empat hari tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun beliau berkata tawaran pengurangan saman itu, tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Mat Kasim berkata orang ramai mahupun syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my/ atau memuat turun aplikasi di platform Google Play Store, Apple AppsStore dan Huawei Gallery, seterusnya boleh membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Beliau dalam masa sama meminta orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19 bagi yang berurusan di kaunter bayaran fizikal.

- Iklan -

Paling Popular