- Iklan -
Berita

97.2% dewasa, 86.7% remaja lengkap divaksinasi

98.6% atau 23,067,954 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Sebanyak 97.2% atau 22,746,838 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.6% atau 23,067,954 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu 90.1% atau 2,836,326 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 86.7% atau 2,729,900 individu golongan itu telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 125,838 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 6,322 suntikan dos lengkap, 4,572 dos pertama dan 114,944 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,470,578 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 3,281,238.

- Iklan -

Paling Popular