- Iklan -
Berita

7 anggota pasukan pengaman PBB terkorban dalam letupan di Mali

3 lagi dilaporkan cedera ketika konvoi logistik itu terkena bom buatan sendiri di wilayah Bandiagara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Wanita dan kanak-kanak di rantau Sahel, Afrika. Rantau yang terdiri dari Mali, Burkina Faso, dan Niger itu sering mengalami konflik dalaman, selain lemah dalam pentadbiran kerajaan dan pembangunan. Gambar: AP
Wanita dan kanak-kanak di rantau Sahel, Afrika. Rantau yang terdiri dari Mali, Burkina Faso, dan Niger itu sering mengalami konflik dalaman, selain lemah dalam pentadbiran kerajaan dan pembangunan. Gambar: AP

Tujuh anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terbunuh dan tiga cedera parah dalam satu serangan letupan di tengah Mali pada Rabu.

Konvoi logistik itu terkena bom buatan sendiri di wilayah Bandiagara, ketika dalam perjalanan ke bandar Sevare dari Douentza, lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Mali (Minusma), Olivier Salgado.

Sementara itu, ketua Minusma El-Ghassim Wane mengutuk sekeras-kerasnya serangan “pengecut” ke atas pasukan pengaman sambil menegaskan bahawa ia boleh dianggap jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.

“Tragedi ini menambahkan lagi jumlah serangan ke atas pasukan pengaman di Mali,” katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Ketua Setiausaha Agung untuk operasi keamanan PBB Jean-Pierre Lacroix mengesahkan anggota pasukan pengaman yang terkorban sebagai warganegara Togol.

“Jenayah ini tidak boleh terlepas daripada hukuman,” ciapnya di Twitter.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu, yang berlaku susulan serangan baru-baru ini ke atas empat kem Misnusma di utara Mali.

Misi PBB mencatatkan lebih 230 kematian sejak beroperasi di Mali bermula 2013, menurut data PBB.

Negara di utara negara Afrika Barat itu memerangi pemberontakan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda dan Daesh/Isis sejak 2012.

Keganasan itu yang telah membunuh beribu-ribu orang awam dan tentera, juga telah merebak ke negara jiran Niger dan Burkina Faso.