Friday, January 21, 2022

28 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,746

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak enam kes, diikuti Sabah dengan lima kes.

Other News

28 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 8 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak 30,746.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), empat atau 14.3% daripada jumlah kematian semalam adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu enam atau 21.4% diikuti Sabah dengan lima atau 17.9%.

Johor melaporkan tiga kematian manakala Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan dua kematian.

Kelantan, Melaka, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 5,020 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,673,019.

Setakat semalam, terdapat 60,878 kes aktif dan 4,525 pesakit pulih dilaporkan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles