Sunday, January 23, 2022

Lebih 8,600 insiden keselamatan siber dilapor dari Januari hingga November

Tiga kes tertinggi dilaporkan melibatkan penipuan, pencerobohan dan kod berbahaya.

Other News

Sejumlah 8,669 kes insiden keselamatan siber telah dilaporkan ke pusat panggilan Cyber999 dari Januari ke November tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

“Tiga kes tertinggi dilaporkan adalah penipuan (6,737 kes), pencerobohan, (1,354) dan kod berbahaya (578),” katanya dalam ucapannya di Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2021 semalam.

Oleh sebab itu beliau berkata, tahap kesedaran orang ramai dalam “Keluarga Malaysia” perlu dipertingkatkan lagi, kerana masih ramai yang menjadi mangsa terhadap ancaman siber.

“Isu berkaitan etika, tanggungjawab dan pengunaan internet yang positif telah menjadi kritikal terutamanya kepada generasi muda kita.

“Terdapat keperluan mendesak dalam memastikan mereka diajarkan untuk menjadi pengguna internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet secara positif,” katanya

Zahidi berkata, dalam masa Keluarga Malaysia mengamalkan gaya hidup digital, etika siber iaitu satu kod tingkah laku bertanggungjawab dalam internet dan gaya hidup yang positif dalam penggunaan Internet akan menjadi satu keperluan.

“Mendidik warga digital mengenai etika penggunaan teknologi digital telah menjadi sebahagian daripada apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan sebuah keluarga bahagian selamat secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu acara semalam menyaksikan piala cabaran itu dimenangi SMK Sultan Abu Bakar, Pahang sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang wang tunai RM5,000, piala dan plak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles