Sunday, January 23, 2022

Kes harian sekali lagi lepasi 5,000

Malaysia kini mencatat 2,673,019 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,020 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,673,019 kes.

4,525 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,581,395.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 428 kes di mana 359 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 237 kes di mana 159 adalah kes Covid-19.

Dari 5,020 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 87 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,933 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles