- Iklan -
Berita

86.6% remaja, 97.1% dewasa lengkap divaksinasi

90% populasi remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Seramai 2,726,684 individu atau 86.6% populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,833,870 individu atau 90% golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 22,734,488 individu atau 97.1% telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,058,008 atau 98.5% dalam kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu bagi vaksinasi harian sebanyak 124,499 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,538 dos pertama dan 6,538 dos lengkap serta 113,423 individu menerima dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,326,199 dos.