- Iklan -
Berita

38 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,652

Lapan kes adalah kematian sebelum tiba di hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memakai PPE lengkap ketika membersihkan kawasan semasa pengebumian mangsa Covid-19 di tanah perkuburan Nirvana, bagi penganut Buddha, Tao dan Kristian di Semenyih. Gambar: AP
Petugas kesihatan memakai PPE lengkap ketika membersihkan kawasan semasa pengebumian mangsa Covid-19 di tanah perkuburan Nirvana, bagi penganut Buddha, Tao dan Kristian di Semenyih. Gambar: AP

38 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 6 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak 30,652.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), lapan atau 21% daripada jumlah itu adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu enam atau 15.8% diikuti Perak sebanyak lima atau 13.2%.

Kedah, Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan empat kematian manakala Pahang dan Sabah masing-masing melaporkan tiga kematian.

Sementara itu, Melaka melaporkan dua kematian manakala Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,262 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara sebanyak 2,663,034.

Setakat semalam, terdapat 60,329 kes aktif Covid-19 dan 5,894 pesakit pulih dilaporkan.