Friday, January 21, 2022

TKM Sarawak hadapi pertandingan tiga penjuru di Bukit Sari

Awang Tengah, yang merupakan calon Gabungan Parti Sarawak akan dicabar Riyah Basrah dari PBK dan Alias Mail dari PSB.

Other News

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Amar Awang Tengah Ali Hasan berhadapan dengan calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam saingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.

Awang Tengah, yang merupakan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan dicabar oleh Riyah Basrah dari PBK dan Alias Mail dari PSB.

Beliau merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Sari.

Senarai muktamad calon yang layak bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Sari Ladin Atok pada kira-kira 10.30 pagi di pusat penamaan calon (PPC) di bangunan Majlis Daerah Lawas hari ini.

“Sehingga selesai tempoh penghantaran borang pencalonan, hanya tiga calon menghantar borang mereka. Saya berpuas hati dan tiada borang yang ditolak,” katanya ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles