Saturday, January 22, 2022

KKM tawar hingga RM37,000 sebulan dalam usaha tarik pakar perubatan sertai perkhidmatan awam

Mereka yang memegang jawatan lebih kanan boleh memperoleh pendapatan sebanyak itu, kata timbalan menteri kesihatan.

Other News

Kementerian kesihatan (KKM) sedang berusaha menarik pakar perubatan untuk menyumbang dalam sistem penjagaan kesihatan negara termasuk melalui tawaran sehingga RM37,000 sebulan bagi yang berjawatan lebih kanan.

Mereka yang berada dalam Gred UD53, UD54, UD55 dan UD56 juga boleh memperoleh gaji dan elaun sehingga RM21,000 sebulan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata ia adalah antara inisiatif KKM untuk menarik dan mengekalkan pakar sedia ada yang bekerja dengan kerajaan.

“KKM juga pertimbangkan untuk naikkan pangkat pakar perubatan ke Gred UD54 dalam tempoh sembilan tahun,” katanya.

“Kami juga menambah kaedah kenaikan gaji dan memperkenalkan Gred UD56 pada Januari 2017 serta emolumen tambahan sebanyak RM2,000.”

Sementara itu, dari segi persaraan, beliau berkata pakar perubatan akan ditawarkan pakej di mana faedah diberikan dalam kaedah kewangan dan bukan kewangan.

Pada September, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata negara memerlukan 28,000 pakar perubatan menjelang 2030.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau berkata kekurangan pakar perubatan pada masa ini menyebabkan tempoh menunggu lebih lama bagi yang ingin mendapatkan rawatan doktor pakar.

Beliau juga bercakap mengenai tawaran yang lebih baik dalam sektor swasta yang menjadi antara punca pakar perubatan meninggalkan perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata satu jawatankuasa khas dibentuk pada 20 Ogos lalu antara lain untuk mengkaji cara untuk melanjutkan faedah kepada pekerja kontrak perubatan dan penjagaan kesihatan, memberi contoh antara lain program penajaan Putrajaya bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles