- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 4,200 jangkitan

Malaysia catat 2,663,034 kes keseluruhan Covid-19 setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menjalankan aktiviti di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberika kelonggaran kepada penerima lengkap vaksin.
Orang ramai menjalankan aktiviti di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberika kelonggaran kepada penerima lengkap vaksin.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,262 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,663,034 kes.

5,894 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,572,053.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 463 kes di mana 359 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 249 kes di mana 163 adalah kes Covid-19.

Dari 4,262 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 78 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,184 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.