- Iklan -
Berita

Karim pertahan Asajaya dalam pertembungan 4 penjuru

Senarai calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Asajaya Rais Ahmad selepas proses penamaan selesai pada jam 10 pagi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah. Gambar: Bernama
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah. Gambar: Bernama

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah bersaing dengan tiga lagi calon dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Asajaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, 18 Disember ini.

Mempertahankan kerusi Asajaya untuk empat penggal sejak 2001, Karim, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu  akan ditentang Ishak Buji daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Mahdeen Saharuddin calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan calon PKR Mahmud Ipah.

Senarai calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Asajaya Rais Ahmad selepas proses penamaan selesai pada jam 10 pagi.

Terdahulu, Karim tiba di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya No.2 pada jam 8.58 pagi untuk menyerahkan borang pencalonannya.

Pada PRN11, Karim yang merupakan naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding atas tiket Barisan Nasional-PBB menang majoriti 6,163 undi menewaskan Abang Junaidi Abang Gom (PKR) dalam pertandingan satu lawan satu.