- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 4,200 jangkitan

Malaysia kini mencatat 2,658,772 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana restoran Dataran Portugis, Melaka mengalami sedikit penurunan jumlah  pelanggan selepas pembukaan semula dari pandemik Covid.
Suasana restoran Dataran Portugis, Melaka mengalami sedikit penurunan jumlah pelanggan selepas pembukaan semula dari pandemik Covid.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,298 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,658,772 kes.

4,929 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,566,159.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 471 kes di mana 378 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 264 kes di mana 172 adalah kes Covid-19.

Dari 4,298 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 75 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,223 kes (98.6%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.