- Iklan -
Berita

36 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,574

Sabah mencatatkan kematian tertinggi sebanyak sembilan kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Menurut data KKM, lapan atau 22.2% daripada jumlah kes kematian semalam adalah kes sebelum tiba hospital. Gambar: Bernama
Menurut data KKM, lapan atau 22.2% daripada jumlah kes kematian semalam adalah kes sebelum tiba hospital. Gambar: Bernama

36 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 4 Disember, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di seluruh negara sebanyak 30,574.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), lapan atau 22.2% daripada jumlah tersebut adalah kes kematian sebelum tiba hospital (BID).

Sabah mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sembilan atau 25% disusuli Pulau Pinang sebanyak enam kes atau 16.7%.

Johor dan Kelantan masing-masing melaporkan empat kematian manakala Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu masing-masing melaporkan tiga kematian.

Pahang melaporkan dua kematian manakala Perlis dan Selangor masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,896 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 2,654,474.

Setakat semalam, terdapat 62,668 kes aktif Covid-19 dan 4,678 pesakit pulih dilaporkan.