Monday, January 24, 2022

Kes harian lepasi 4,800 jangkitan

Malaysia kini catat 2,654,474 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,896 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,654,474 kes.

4,676 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,561,230.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 490 kes di mana 358 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 269 kes di mana 155 adalah kes Covid-19.

Dari 4,896 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 79 kes (1.6%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,817 kes (98.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles