Saturday, January 22, 2022

Kematian akibat Covid-19 menurun kepada 17 kes

Tiada negeri melaporkan kematian dengan angka dua digit.

Other News

17 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada 3 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan di seluruh negara sebanyak 30,538.

Ia adalah satu rekod yang menyaksikan pengurangan berbanding minggu lalu di mana tiada negeri melaporkan kematian dua digit.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), empat atau 23.5% daripada jumlah kematian direkodkan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu tiga atau 17.6%.

Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan dua kematian manakala Johor, Kelantan, Melaka dan Sarawak masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 5,551 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,649,578.

Setakat semalam, terdapat 62,486 kes aktif Covid-19 dan 5,301 pesakit pulih dilaporkan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles