Sunday, January 23, 2022

Nagaenthran sudah terima proses perundangan sewajarnya, kata presiden Singapura

Halimah Yacob memberikan respons beliau melalui kementerian luar Singapura hari ini.

Other News

Warga Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam yang dijatuhi hukuman mati di Singapura telah menerima proses yang sewajarnya mengikut undang-undang.

Presiden Singapura Halimah Yacob berkata demikian sebagai menjawab surat yang diutuskan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, memohon hukuman Nagaentran diringankan.

Kenyataan dikeluarkan kementerian luar republik itu pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan media mengenai surat rayuan daripada pemimpin Malaysia dan nasib Nagaenthran, 33, yang menunggu hukuman mati atas kesalahan dadah di Singapura.

Pada 12 November, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Hal Ehwal Luar Vivian Balakrishnan juga telah membalas surat rakan sejawatan dari Malaysia.

Sebelum ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah juga telah mengutus surat kepada rakan sejawatan di Singapura, meminta budi bicara pihak berkuasa di Singapura untuk memberikan pengampunan presiden kepada Nagaenthran.

Nagaenthran yang berasal dari Perak itu, ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009, kerana menyeludup 42.72 gram dadah jenis diamorphine dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 November 2010.

Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat oleh peguam keluarga Nagaenthran sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan pengampunan presiden.

Bagaimanapun, permohonan itu telah ditolak pada 1 Jun 2020.

Nagaenthran, dijatuhi hukuman mati 11 tahun lepas dan dijadualkan menjalani hukuman itu pada 10 November 2021, bagaimanapun mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif Covid-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.

Susulan itu, Mahkamah Rayuan telah memerintahkan penangguhan hukuman.

Peguam Nagaentran mendakwa anak guamnya kurang upaya dari segi intelek.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles