- Iklan -
Berita

KM Sarawak sah bertanding di Gedong

24 muka baru juga diumum menjadi taruhan gabungan itu tanpa mewakili GPS.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg. Gambar: Bernama
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg. Gambar: Bernama

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini mengesahkan akan bertanding di kerusi Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan pada 18 Disember depan.

Abang Johari yang merupakan pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut berkata gabungan itu akan meletakkan 24 muka baru sebagai calon PRN yang bakal mempertandingkan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Abang Johari bertanding dalam di DUN Satok pada PRN Sarawak ke-11 yang diadakan pada 2016 lalu.

Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,045 undi mengalahkan calon PKR Mohammad Salleh Shawkatali.

PRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember depan dengan undi awal dijadualkan pada 14 Disember.

Hari pencalonan akan diadakan pada 6 Disember dan peruntukan 12 hari kempen diberikan kepada semua parti bertanding.