Monday, January 24, 2022

Kes harian lepasi 5,800 jangkitan

Malaysia kini mencatatkan 2,644,027 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,806 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,644,027 kes.

7,246 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,551,253.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 511 kes di mana 368 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 266 kes di mana 145 adalah kes Covid-19.

Dari 5,806 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 103 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,703 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles