Monday, January 24, 2022

49 lagi korban Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,474

Selangor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 12 kes.

Other News

49 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 1 Disember, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di seluruh negara sebanyak 30,474.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), 12 atau 24.5% daripada jumlah kes itu adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 12 kes atau 24.5%.

Ia diikuti Perak yang melaporkan lapan kematian, sementara Sabah tujuh dan Kelantan lima kes.

Johor dan Sarawak masing-masing melaporkan empat kematian; Kedah dan Negeri Sembilan melaporkan dua kematian manakala Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan satu kes kematian.

Bagaimanapun, Perlis, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang kematian.

Sebanyak 5,439 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,638,221.

Setakat semalam, terdapat 63,740 kes aktif Covid-19 dan 6,803 pesakit pulih direkodkan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles